Sunday 5 December 2010

:: About Love ::


Adakah tapak tanganmu berkeringat,
hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta tapi itu Suka.

Adakah kamu tidak melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta tapi itu Nafsu.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu dia ada di sana?
Itu bukan Cinta tapi itu Kesepian.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang dinginkan oleh semua orang?
Itu bukan Cinta tapi itu Kesetiaan.

Adakah kamu mengatakan menyintainya, kerana kamu tidak mahu melukai hatinya?
Itu bukan Cinta tapi itu Belas Kasihan.

Adakah kamu inginkan dirinya,
kerana pandangan matanya membuatkan hatimu terlompat-lompat?
Itu bukan Cinta tapi itu terGila-Gila.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta tapi itu Persahabatan.

Adakah kamu katakan padanya bahawa setiap hari hanya dia di filkiran?
Itu bukan Cinta tapi itu Dusta.

Adakah kamu rela memberikan
semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta tapi itu Kemurahan Hati.

Tetapi...

Jika sekiranya kamu tetap bertahan antara kesakitan dan kegembiraan yang kamu sendiri tidak mengerti, menarik kamu untuk mendekati dan tetap bersamanya, itulah Cinta.

Jika kamu menerima dirinya seadanya, memaafkan kesalahannya dan cuba melengkapi kekurangan dirinya, itulah Cinta.

Jika kamu tertarik pada orang lain tetapi setia dengannya tanpa penyesalan, maka itulah Cinta.

Jika sekiranya kamu menangis kerana kesakitannya walaupun di saat itu dia tegar menghadapinya, itulah Cinta.

Jika matanya memandangmu menusuk hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam, itulah Cinta


Dihadapan orang yang kita Cintai,
musim dingin berubah menjadi musim bunga yang indah.
Dihadapan orang yang kita sukai,
musim dingin tetap sahaja musim dingin hanya suasananya berangin sedikit.

Dihadapan orang yang kita Cintai,
jantung berdebar lebih cepat.
Dihadapan orang yang kita sukai,
hanya merasa senang dan gembira sahaja.

Apabila kita melihat ke dalam mata orang yang kita Cintai,
mata kita berkaca-kaca.
Apabila kita melihat ke dalam mata orang yang kita sukai,
kita hanya akan tersenyum sahaja.

Di hadapan orang yang kita Cintai,
kata-kata yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam.
Di hadapan orang yang kita sukai,
kata-kata hanya keluar dari fikiran sahaja.

Jika orang yang kita Cintai menangis,
kita akan ikut menangis di sisinya.
Jika orang yang kita sukai menangis,
kita akan menghiburnya sahaja.

Perasaan Cinta bermula dari mata.
Perasaan suka bermula dari telinga.
Jadi jika mahu berhenti menyukai seseorang,
cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kita cuba menutup mata dari orang yang kita Cintai,
Cinta itu berubah menjadi titisan air matadan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.


Tetapi selain rasa Suka dan rasa Cinta, ada perasaan yang lebih mendalam. Iaitu rasa sayang.
Rasa yang tidak hilang secepat rasa Cinta. Rasa yang tidak mudah berubah.
Perasaan yang menjadikan kita berkorban untuk orang yang kita Sayangi.
Mahu menderita demi kebahagiaan orang yang kita Sayangi.


Cinta ingin memiliki,
tetapi Sayang hanya ingin melihat orang yang disayanginya bahagia walaupun harus kehilangannya... :)