Sunday 5 December 2010

:: About Love ::


Adakah tapak tanganmu berkeringat,
hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta tapi itu Suka.

Adakah kamu tidak melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta tapi itu Nafsu.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu dia ada di sana?
Itu bukan Cinta tapi itu Kesepian.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang dinginkan oleh semua orang?
Itu bukan Cinta tapi itu Kesetiaan.

Adakah kamu mengatakan menyintainya, kerana kamu tidak mahu melukai hatinya?
Itu bukan Cinta tapi itu Belas Kasihan.

Adakah kamu inginkan dirinya,
kerana pandangan matanya membuatkan hatimu terlompat-lompat?
Itu bukan Cinta tapi itu terGila-Gila.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta tapi itu Persahabatan.

Adakah kamu katakan padanya bahawa setiap hari hanya dia di filkiran?
Itu bukan Cinta tapi itu Dusta.

Adakah kamu rela memberikan
semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta tapi itu Kemurahan Hati.

Tetapi...

Jika sekiranya kamu tetap bertahan antara kesakitan dan kegembiraan yang kamu sendiri tidak mengerti, menarik kamu untuk mendekati dan tetap bersamanya, itulah Cinta.

Jika kamu menerima dirinya seadanya, memaafkan kesalahannya dan cuba melengkapi kekurangan dirinya, itulah Cinta.

Jika kamu tertarik pada orang lain tetapi setia dengannya tanpa penyesalan, maka itulah Cinta.

Jika sekiranya kamu menangis kerana kesakitannya walaupun di saat itu dia tegar menghadapinya, itulah Cinta.

Jika matanya memandangmu menusuk hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam, itulah Cinta


Dihadapan orang yang kita Cintai,
musim dingin berubah menjadi musim bunga yang indah.
Dihadapan orang yang kita sukai,
musim dingin tetap sahaja musim dingin hanya suasananya berangin sedikit.

Dihadapan orang yang kita Cintai,
jantung berdebar lebih cepat.
Dihadapan orang yang kita sukai,
hanya merasa senang dan gembira sahaja.

Apabila kita melihat ke dalam mata orang yang kita Cintai,
mata kita berkaca-kaca.
Apabila kita melihat ke dalam mata orang yang kita sukai,
kita hanya akan tersenyum sahaja.

Di hadapan orang yang kita Cintai,
kata-kata yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam.
Di hadapan orang yang kita sukai,
kata-kata hanya keluar dari fikiran sahaja.

Jika orang yang kita Cintai menangis,
kita akan ikut menangis di sisinya.
Jika orang yang kita sukai menangis,
kita akan menghiburnya sahaja.

Perasaan Cinta bermula dari mata.
Perasaan suka bermula dari telinga.
Jadi jika mahu berhenti menyukai seseorang,
cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kita cuba menutup mata dari orang yang kita Cintai,
Cinta itu berubah menjadi titisan air matadan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.


Tetapi selain rasa Suka dan rasa Cinta, ada perasaan yang lebih mendalam. Iaitu rasa sayang.
Rasa yang tidak hilang secepat rasa Cinta. Rasa yang tidak mudah berubah.
Perasaan yang menjadikan kita berkorban untuk orang yang kita Sayangi.
Mahu menderita demi kebahagiaan orang yang kita Sayangi.


Cinta ingin memiliki,
tetapi Sayang hanya ingin melihat orang yang disayanginya bahagia walaupun harus kehilangannya... :)


Saturday 13 November 2010

:: Ciri Sahabat Yang Baik ::


"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan ALLAH, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..."
' Sebaik-baik sahabat di sisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap jirannya " (H.R al-Hakim)





ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia normal.

Inilah antara hikmah kenapa ALLAH SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud :

" Wahai umat manusia! sesunguhnya Kami telah menciptaka kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang lebih bertakwa.
Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya."






Syariat Islam sangat menitikberatkan siapa kawan dan teman yang melingkungi kita. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Tak kira teman seperjuangan, sekerja, sepejabat, sekelas, sebilik atau sekampung.


Demikian juga kawan dalam berpolitik, dalam berparti, dalam berpersatuan, dalam berjemaah, dalam berhibur dan sebagainya. Pengaruh kawan-kawan itu amat kuat sekali dalam pembentukan agama, akhlak dan syakhsiah seseorang. Benarlah sabda Nabi SAW:

"Seseorang itu adalah menurut agama temannya. 
Maka perhatikan siapakah teman kamu." (Riwayat at-Tirmizi)





Kawan-kawan yang baik dan soleh hendaklah dicari, manakala teman-teman yang jahat dan fasik hendaklah dijauhi. Kesilapan memilih kawan atau teman akan membenihkan kerosakan dan kepincangan hidup yang meleret ke usia senja. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Furqan ayat 27 hingga 29 :

" Dan (ingatlah) hari (ketika) orang yang zalim menggigit kedua-dua belah tangannya seraya berkata, 'Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama para Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu (sebagai) teman akrab (ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran ketika al-Quran datang padaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia."



:: Nasihat Imam al-Ghazali ::


Dengarlah dan ikutilah nasihat Imam al-Ghazali kepada anak muridnya:


Wahai Anakku..! 
Apakah hasil yang engkau peroleh dari memahamkan ilmu kalam, kedoktoran, pentadbiran, syair, sastera, nahwu dan tasrif, selain hanya membuang umur saja bila mengingkari kebesaran ALLAH.


" Dari saat mayat diletakkan di atas usungan sampai dibawa ke tepi kubur, 
ALLAH dengan kebesaran-Nya mengajukan kepadanya empat puluh pertanyaan."

Hai hambaKu..! 
Telah engkau sucikan pemandangan makhluk berkenaan dengan dirimu dalam masa bertahun-tahun,
dan tidak engkau sucikan tempat jatuh pandanganKu sekalipun sesaat.


Dan tiap-tiap hari ALLAH memandang kepada hatimu serta berkata:
Apakah yang engkau buat berhadapan dengan yang lain di luarKu, sedangkan engkau diliputi dengan kebaikanKu?


Wahai Anakku..!
Ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu namanya gila, dan amal tidak memakai ilmu itu akan sia-sia.

Ketahuilah bahawa semata-mata ilmu sahaja tidak akan menjauhkanmu dari maksiat, dan tidak akan membawamu kepada taat, dan di akhirat kelak tidak akan memeliharamu dari neraka jahannam.


Apabila diwaktu ini engkau tidak beramal dan tidak engkau susul kelalaian dimasa yang lalu, nanti di hari Kiamat engkau akan berkata : "Oh Tuhan! Kembalikan kiranya kami ke dunia, nescaya kami akan berbuat amal yang soleh". Maka permintaan itu akan dijawab : " Hai si Bodoh! Bukankah kamu datang dari sana? (dunia)."