Thursday 15 October 2009

:: Kecantikan Lelaki ::



1) lelaki yang mampu mengalirkan air mata

2) lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) lelaki yang memberi madu setelah menerima racun yang berbisa

4) lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun menghadapi konflik yang tidak berkesudahan

5) lelaki yang baik sangka dan sentiasa memikir untuk kebaikan diri dan orang di sekelilingnya

6) lelaki yang tidak pernah putus asa. Jauh sekali mengeluh dan merungut Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.



Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad dan ia adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Ramai yang mengaku ingin mengikut sunnah Nabi bila menyentuh bab poligami. Menyalah guna agama untuk poligami. Sudahlah diri sendiri tak terdidik, inikan pula mahu tambah isteri? Jikalau benar ingin mencontohi sunnah Nabi, sebatikan akhlak baginda terlebih dahulu dalam diri.


Jika hati sudah terlintas dan nekad untuk berkahwin lain, pelbagai alasan yang diberikan. Memang macam-macam termasuklah merayu kepada isteri agar membantunya melepaskan diri daripada melakukan zina. Dan isteri akur kerana tidak sanggup suaminya berbuat zina walaupun dia enggan bermadu. Nyata si suami meletakkan agama sebagai alasan untuknya berkahwin lagi.


Jika diteliti daripada kisah Rasulullah s.a.w, perkahwinannya dengan Khadijah selama lebih 25 tahun tanpa ada wanita lain sepanjang hayat Khadijah. Apabila puteri-puteri Baginda berkahwin kecuali Fatimah dan Khadijah wafat, barulah baginda mencari penganti, iaitu janda bernama Saudah binti Zam'ah dan tiga isteri yang lain iaitu Ummu Salamah, Zainab binti Khuzaimah dan Maimunah al-Hilaliyah.


Kesemua mereka adalah balu kepada sahabat Nabi yang mati syahid ketika perang Badar, sudah berusia dan miskin. Nabi berkahwin dengan mereka semata-mata untuk menolong. Tapi berapa ramai lelaki kini yang sanggup berkahwin dengan wanita tua, miskin dan tidak menarik lagi..?

Saturday 10 October 2009

:: Memperbaiki Kelemahan Diri.. ::



Langkah memperbaiki kelemahan diri berdiri di atas 4 rukun..

Pertama :  Kita digalakkan mendengar pandangan musuh kita kerana tentang kita kerana lumrahnya apa yang mereka katakan itu adalah benar-benar kelemahan kita. Musuh berperanan mencari kelemahan kita. Jadi kita hendaklah memperbaiki kelemahan-kelemahan itu. Bersabarlah terhadap mereka dan hadapilah dengan hikmah...


Kedua : Kita menjalin hubungan dengan guru-guru yang mempunyai kemampuan sebagai murabbi, mu'allim, mu'addib yang dapat membimbing kita mendekatkan diri kepada Allah dengan ilmu dan hujjah yang sahih,bukannya guru-guru ahli bid'ah yang mengada-adakan dalam urusan agama tanpa dalil yang benar.


Ketiga : Mencari ar-Rafaqatus Salihun,teman-teman yang soleh yang sentiasa menegurnya dengan kasih dan hikmah agar dia memperbaiki kekurangannya. Imam Nawawi meletakkan satu bab yang khas dalam Riyadhussalihin, kepentingan berziarah ke tempat-tempat salihin.


Keempat : Hendaklah bergaul dengan orang kebanyakan. Seperti ahli masjid,surau dan usrah-usrah menyebabkan dirinya mengetahui apa yang diingini manusia dan yang tak disenanginya.. 


(dipetik : Tazkiyyatun Nufus oleh Syeikh Sa'eid Hawwa)

Friday 9 October 2009

The ABC's Of Friendship


A  Always be honest

B  Be there when they need you

C  Cheer them on

D  Don't look for their faults

E  Every chance you get, call

F  Forgive them

G  Get together often

H  Have faith in them

I  Include them

J  Just listen

K  Know their dreams

L  Love them unconditionally

M  Make them feel special

N  Never forget them

O  Offer to help

P  Praise them honestly

Q  Quietly disagree

R  Rescue them often

S  Say you're sorry

T  Talk frequently

U  Use good judgment

V  Vote for them

W  Wish them well

X  X-ray yourself first

Y  Your word counts

Z  Zip your mouth when told a secret

Saturday 22 August 2009

:: Tatkala Ramadhan Kembali Hadir ::




Fajar Ramadhan 

memercik cahaya di sebalik ufuk 
membelah rekahan mentari dari barat ke timur


alhamduliLLah ya Rabbi! 
Kelmarin sewaktu ia berpamit pergi 
ku kira kita tak bakal bertemu lagi,


panjang munajat, syahduku berlagu 
mohon agar diberikan waktu bersamanya lagi..


Dan kini aku benar-benar diberi kesempatan 
melalui bulan yg pernah barakah itu...


Biar ku dakap semilir wangi harum Ramadhan 
dalam rancak membina ibadah..


bahawa sesungguhnya tiada jalur waktu paling baik 
selain diberi kesempatan umur, merancak masa dalam ibadah!






Ya Allah, 
Dalam munajat yang panjang.. 
hamba-Mu menghamparkan rasa syukur 
masih terus diberi ruang dan peluang, 
kesempatan untuk koreksi diri.


Sesungguhnya fitrah manusia itu sering alpa, 
dalam melimpah rahmat-Mu yang melaut.


Acapkali lalai untuk mengucap syukur,
ia seakan hanya ramah sewaktu tersungkur,
batas tamsilannya umpama jarak pandang 
antara bumi subur dan danau kontang..


Andai masih diberikan kurnia.. 
ku panjatkan syukur buatMu ya Allah..


pun begitu tatkala kau hantarkan bencana, 
ia juga tiada upaya aku menolaknya, 
kerana akulah insan ciptaan-Mu..


Namun dalam kudus fajar Ramadhan yANg datang ini 
ku pohon agar Kau berilah barakah inayah..


agar akulah hamba-Mu yang sentiasa koreksi diri 
supaya ganjaran pahala sentiasa melebihi segumpal dosa!




Dan biarlah Ramadhan terus bertandang 
dalam kampung usiaku yang kian dewasa...





:: Sebening Kasih-Nya... ::



Entah kenapa malam itu tempat itu lapang sekali.
Tiada kesibukan,kurang pergerakan.
Semua tetamu seakan berteleku kaku dalam zikir dan fikir.
Seseketika bunyi dengus nafas dihela perlahan bersama rintihan.
Ada suara esakan tangis,namun perlahan cuma.


Bunyi rintihan yang tertahan bersama alunan bacaan al-Quran
bagai melodi yang sungguh mengasyikkan.
 Aku masuk ke dalam taman itu bagai sandera yang pasrah.
Ku bawa hatiku yang rawan, fikiran yang kelelahan dan nafsu yang masih liar.
Aku tidak mahu dan tak mampu berpura-pura lagi...


Inilah diriku wahai Ilahi.. tidak punya kesucian,
tidak memiliki keindahan yang dapat aku persembahkan.
inilah diriku yang penuh cela dan noda.
Tanpa dapat berselindung, KAU Maha Tahu segala..



Mengapa takdir-Nya aku ke sini..? Ke daerah suci di bawah bayu syurga.
Dingin,nyaman dan tenang... istirahat seketika di jalan mujahadahku yang derita.
Bukan kerana kebaikanku, tetapi kerana kasih-sayangMu yang membawa aku di sini.



KAU izinkan kaki dan hati yang berdosa ini singgah seketika
bagi menatap jalur-jalur cahaya dalam relung diri yang gelap gelita.
 Benar kata-Mu seperti yang ku dengar sejak dulu,
keampunan-Mu sentiasa mendahului murka-Mu.


Ku cecahkan dahi di hamparan hijau itu..
Seakan ku tuang segala kabut dan serabut fikrah yang kusut.
Ku nafikan licik dan strategik segala yang pernah berdetik di minda ini.
Fikrah inilah yang mencipta dosa demi dosa.


Sesah akal ini ya Rahman, dengan belantan inzar dan tazkirah-Mu..
Tuhan.. kembalikanlah biduk akalku ke pangkalan takdir-Mu.
Fikrah sudah letih belayar tanpa arah. Sujud dan rukuk aku di sana.
Menelanjangi segala aib dan dosa. Tanpa aku mengadu, KAU pun tahu.


Namun,itulah wadah tanda menyerah, aku "Abdullah"...aku hamba Allah. Aku pasrah..Aku kalah..



Cintaku sekelumit cuma, hampir tiada.
Saat ini aku hanya berbekal harapan. 
Benteng terakhirku hanya rasa tidak putus asa.
Kata kekasih-kekasihMu selalu memujuk aku:



"kejahatan yang menyebabkan engkau menangis, 
lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur....."



Dalam rasa malu,takut dan harap... masih aku memberanikan diri meminta lagi..
Lalu di malam itu, ku catatkan gugusan permintaan. Satu demi satu melalui puisi hati..
Ku biarkan pena menari,mencari makna dan kata hanya berpandukan rasa.
Malam itu.. walaupun malu, aku tetap meminta syurga..


Ya Latif, berikan aku hati yang lain yakni hati yang lebih yakin dan lunak... agar mampu mencintai-Mu.

Ya Rahman, Aku dambakan kebaikan.. yang melahirkan kebaikan. Aku pohon ketenangan, ...yang memberikan ketenangan.

Pinggirkan segala sengketa hampirkan semua cinta tanpa dendam... tanpa prasangka.



Friday 31 July 2009

:: When Adam Meet Hawa' ::



Fitrah telah diciptakan di muka bumi ini,bahkan sejak diciptakannya Adam a.s. Pada ketika itu,walaupun beliau dimasukkan Allah dalam syurga yang penuh dengan segala kenikmatan,


 tetapi beliau tetap merasakan ada satu kekurangan, itulah dinamakan tuntutan fitrah yang memang tidak boleh ditinggalkan.


Cerita ini bukanlah imaginasi,tetapi sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w. Salasilah cerita itu ketika Adam a.s. sedang tidur, Allah menciptakan Hawa' dari tulang sulbinya.


Setelah Adam terjaga,tiba-tiba ia melihat seseorang di sampingnya. Adam bertanya : siapa kamu? Ia menjawab : "aku wanita"


Kemudian Adam kembali bertanya : "siapa namamu?" Wanita itu menjawab : "aku hawa'.." Adam terus bertanya : "untuk apa engkau diciptakan?" Hawa' menjawab : "agar engkau tenang di sisiku..


" Di dalam tafsir Qurtubi telah meriwayatkan.. Malaikat pernah bertanya kepada Adam a.s: "Adam,apakah engkau mencintai Hawa'..? Adam menjawab : "Ya,aku mencintainya."


Kemudian malaikat bertanya pula kepada Hawa: "Hawa',apakah engkau mencintai Adam..? Hawa menjawab : "tidak"


Padahal di hatinya tersimpan rasa cinta yang berlipat kali ganda dibanding rasa cinta Adam kepadanya.

Saturday 4 July 2009

:: Saat Cinta Bersemi ::


PERTAMA telah ku pandang makhluk yang banyak ini.
Maka aku saksikanlah bahawa,
tiap-tiap mereka mempunyai kekasih
dan kecintaan tempat hatinya tertambat.


Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi
sampai ke sakit yang membawa maut
dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur.
Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan ia seorang diri.
Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur
dan meghiburnya di dalamnya.


Dan demikian itu tak ku dapati selain amal soleh.
Sebab itu maka ku ambil ia menjadi kekasihku,
supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku,
menghiburkan dan tidak meninggalkan aku
seorang diri..

 Imam al-Ghazali ♥ )