Thursday 27 October 2011

:: Kita Kawan Kan? ::




Hari ni aku nak cakap pasal kawan baik.. Kawan baik aku nama Khirman Naim..
Nasib baik dia bukan jenis yang suka baca membaca blog ni..
Kalau tak, haram aku nak sebut nama... zzzzz MySpace


First kawan tu, kami kenal kat BtN, Sepang.. 1 Group.. Masa tu aku perhatikan dia ala-ala gaya budak-budak comel.. Haha.. Sekali dapat tahu masa buat discuss group umur dia sama dengan aku.. Aku ni jenis open tapi taklah open sangat.. Masa BtN tu aku banyak berpura-pura jadi mesra alam.. Salah satu faktornya sebab tingkahlaku peserta diperhatikan oleh juri-juri negara.. Satu Malaysia la katakan...


Haha.. Yang untungnya, aku dapat ahli group yang happy go lucky.. Happy la.. Aku tengah sedih masa tu, tapi boleh ketawa bila diorang buat lawak.. "Aku bukan tidur tapi berzikir".. Lebih kurang gitulah bunyinya.. Bagi aku lawak la.. Bagi orang lain aku tak tahu.. Lagi satu faktor, sebab aku dah masuk alam pekerjaan.. So hubungan antara guru-guru sangat rapat kat sekolah tu.. Cuma, studentnya je yang nampak lagi "matured" dari aku.. Sebab saiz badan aku kecik..


Al-kisahnya, lepas habis kursus BtN tu, aku tak ada lah touching and feeling sangat.. Nak sedih ke, apa ke.. Teringat kenangan bersama (kata kawan aku).. Memang masa tu aku busy sangat nak uruskan pasal persediaan duit.. Sampai ada msg yang aku tak ter"layan". Maklumlah, aku nak tinggalkan Malaysia.. Masa untuk kawan-kawan memang xde langsung.. Fokus pada family je.. Kalau ada yang aku layan pun, pada mereka yang menanti jawapan dari aku tentang lamaran mereka..


Opss!!! Ini bab Khirman Naim.. Aku pun tak sure nama sebenarnya apa.. Tapi itulah nama dia.. First msg dia.. "Assalamualaikum, boleh x saya jadi ke-6..". Aku ingatkan apa benda la yang ke enam tu.. Rupanya kawan lelaki aku yang ke enam.. First msg dia, aku pun pening.. Msg pendek-pendek, tak de titik, tak de noktah..


Hurm... Ingatkan setakat itu je lah.. Kami ditakdirkan menuntut di Universiti yang sama.. Nak kata makin rapat tu , tak de lah.. Tapi bila hitung-hitung balik.. Dia memang suka buat aku terasa dengan sikap dia.. Memang aku ni jenis mudah terasa.. Orang tak cakap apa-apa pun, tapi aku rasa aku dah buat salah sampai orang tu boleh layan aku lebih kurang je..


Ingat lagi, masa ada program untuk pelajar Tahun Satu.. Aku lapar sangat sebab rumah aku tak masak masa hari Jumaat tu.. Sampai menggigil, gastrik tu menyerang.. Aku dah rasa nak nangis masa tu.. Tak tahu siapa yang nak turun beli makanan.. Aku try hantar msg kat dia and mintak tolong dia belikan aku something a.k.a makanan.. Aku cuba nasib je masa tu.. Dalam hati aku masa tu dah pasrah kalau dia nak ignore aku punya msg.. Alhamdulillah, dia belikan aku makanan.. Nasi sekali dengan kurma.. Masa makan kurma, aku rasa sebak sangat.. Aku pun tak sangka dia akan belikan aku nasi.. Sebab aku cuma mintak apa-apa je makanan yang murah.. Roti ke, apa ke.. Sebab aku tak nak syawarma coz mahal..


But, now... Aku pun tak tahu kenapa dia sekejap okey, sekejap macam jauhkan diri dari aku.. Kalau ikutkan sikap aku sebenarnya, aku paling menyampah orang call aku and tanya pasal benda-benda yang tak penting.. Tapi bila dia call, aku jawab jugak call dia sebab nak jaga hati dia.. Aku ni jenis tak suka bercakap telefon dengan lelaki.. Tapi dengan dia, aku layan "baik" je..  Tapi itulah, perlu ke aku jadi diri aku yang sebenarnya dan bersikap sedemikian terhadap kawan sebaik dia?


Aku tahu, di pengakhirannya.. Hubungan persahabatan kami akan tinggal kenangan bila dia dah ada "princess" dalam taman hati dia.. Sekarang ni dah ada kot.. Cuma dia masih menanti jawapan agaknya.. Sebab tu time-time dia boring, dia "baik" dengan aku...





Aku tak suka dia membebel kat aku.. Suka sangat tanya aku, dah beli hiram ke belum..
Takkan aku nak jawab kat dia.. "aku takde duit nak beli hiram, *lol* "  MySpace.
Aku pun tak tahu lelaki sebenarnya macam mana..
Terkadang aku terfikir jugak, kenapa dia tak belikan je dulu hiram tu untuk aku.. lalalaa... MySpace.
Senang cerita kan? Tak perlu dia nak sakitkan hati aku dengan bubbling dia tu....MySpace....




mood : demam
jom tidur....
MySpace





Tuesday 18 October 2011

:: Don't Make Me Cry.. ::



Melakar lukisan hati tatkala rungsing..
Pesan ibu, "kalau tiada duit, jangan cakap tiada duit.."
lebih baik diam, semoga Allah mencukupkan yang sedikit..
Mudahan Allah cukupkan rezeki kami sekeluarga..
Ya Allah, lindungilah kami dari bebanan hutang..

Sedikit terkilan bila dipertikaikan penampilan diri.
Hanya mampu tersenyum. Azimat ibu supaya bersederhana menjadi kekuatan.
Semoga kakak berjaya mendapat pekerjaan, untuk menanggung pelajaran adik-adiknya..
Alhamdulillah, Allah masih mudahkan kami.. "Yang Sedikit Itu Berkat"..
Anugerah Allah yang tiada nilai dari harta seisi dunia adalah kebahagiaan dalam keluarga.
Semoga adik-adikku mengerti bahawa aku dan kakak pernah merasai zaman yang lebih perit..
Namun bahagia...

Along ingat tak?
- along balik dari sekolah, angah sekolah tadika masa tu.. kita sama-sama jual aiskrim tepi pagar..
   alhamdulillah, hasil jualan tu dapat beli almari dapur, meja makan, ganti peti rosak, beli televisyen..
- along ingat tak? dulu kita hanya hanya ada motor.. abah ulang-alik berniaga ke pasar dengan motor tu,
   sampai kulit muka abah jadi gelap terbakar dek cahaya matahari..
- along ingat tak? suatu hari tu abah cakap pasal telur penyu.. esoknya abah balik lewat..
   mak risau sebab abah tak pernah balik lewat malam sehingga menitis embun pagi..
   rupanya abah bawak balik telur penyu.. abah pergi tengok penyu bertelur pastu beli telur penyu kat situ,
   sebab boleh dapat lebih murah.. tapi abah hanya bawak balik beberapa biji.. mak rebus telur penyu tu..
   sebiji telur bahagi 2 orang..
- along ingat tak? dulu kita selalu makan dalam dulang.. masa tu tak mengerti apa-apa..
   rupanya apabila berkat, makanan sedikit pun jadi cukup dan mengenyangkan..
- along ingat tak? dulu time nak raya, mak dan abah akan pakaikan kita inai..
   itulah perhiasan kita di pagi raya..
- yang seronoknya, tiap kali solat jemaah mak akan check siapa solat main-main,
  mesti rotan nipis jadi habuan.. rasa nak nangis pun ada masa tu.. kenapa mak pukul..?
- angah masih ingat bila cikgu umum ada pertandingan mewarna untuk pelajar tahap Satu..
  angah mintak dgn mak pensil warna.. mak bagi beberapa batang pesil warna lama along..
  ada beberapa batang warna yang sama.. angah senyap je.. dalam hati masa tu,
  asal dapat mewarna sudah cukup.. entah macam mana, angah dapat no satu..
  dapat makan makanan ringan free dari hamper..
- dulu angah banyak diam, sebab angah malu jadi adik along.. angah x comel macam along..
   kulit angah hitam tak macam along, putih...


tapi kita bertuah sebab :

- ada sepupu yang penyayang, selalu bagi hadiah baju kat kita (anak mak su jah)..
- ada bapa saudara yang tidak kisah bila abah nak pinjam kereta tiap kali kita nak balik rumah tok..
- ada bapa saudara yang belikan kita coklat tiap kali balik terengganu (from brunei)..
- ada sepupu-sepupu lelaki yang nakal dan jahat..

dan kita bertuah..
- mak dan abah sedaya upaya cukupkan sesuatu untuk kita, sehingga kita tak pernah rasa kurang..

dan angah bertuah...
- sebab punya kakak seperti along.. semoga Allah merahmatimu dalam setiap langkah perjalanan hidupmu..

:: Tentang Sesuatu ::



Lama aku dipersimpangan ini,
Lelah dalam mencari arah,
Fikiran bercelaru menemui buntu,
Kata-kata itu seakan amaran keras,
Tatkala Allah beri kamu pilihan..

Di saat ini, keliru aku jelas terang,
Menghargai seadanya apa yang di sisi,
TakdirNya aku di takuk ini,
Biarlah ketidakpastian itu tinggal mimpi,
Menjadi memori semalam,
Yang tidak mungkin termiliki..


♥ yang menerimaku seadanya, tetaplah di situ menunggu.
♥ rasa ini hanya untuk dia yang tahu menghargai.
♥ biarlah ketidakpastian ini pergi...