Saturday 11 June 2011

:: Menjadi Diri Sendiri? ::


Membalut hati dengan perasaan benci
Menjadikan semua "rasa" itu lenyap
Dijadikan kemarahan pelindung kelemahan
Air mata yang tumpah itu satu kebodohan..

Akhirnya...
Dalam lemah menentang rasa di hujung dunia
Takdir kembali membawa aku ke sini..
Nyatanya selama ini aku telah silap..
Dalam mengatur langkah mencari kekuatan diri..

Pergilah sepi..
Bersama namanya yang ku ukir saban waktu..
Tanpa diminta rasa itu datang diulit keikhlasan..

Pergilah duka..
Rasa itu tidak diminta ia hadir..
Berkali-kali berharap ia berlalu pergi..
Cuba diusir, namun ia kekal tinggal di sini..

Pergilah kecewa..
Terkadang apa yang diimpi rupanya ilusi..
Hikmah tersembunyi di balik rahsia alam..
Aku tidak meminta balasan, apatah lagi belas ihsan..
Kerana ia cuma permainan hati..