Thursday 27 October 2011

:: Kita Kawan Kan? ::




Hari ni aku nak cakap pasal kawan baik.. Kawan baik aku nama Khirman Naim..
Nasib baik dia bukan jenis yang suka baca membaca blog ni..
Kalau tak, haram aku nak sebut nama... zzzzz MySpace


First kawan tu, kami kenal kat BtN, Sepang.. 1 Group.. Masa tu aku perhatikan dia ala-ala gaya budak-budak comel.. Haha.. Sekali dapat tahu masa buat discuss group umur dia sama dengan aku.. Aku ni jenis open tapi taklah open sangat.. Masa BtN tu aku banyak berpura-pura jadi mesra alam.. Salah satu faktornya sebab tingkahlaku peserta diperhatikan oleh juri-juri negara.. Satu Malaysia la katakan...


Haha.. Yang untungnya, aku dapat ahli group yang happy go lucky.. Happy la.. Aku tengah sedih masa tu, tapi boleh ketawa bila diorang buat lawak.. "Aku bukan tidur tapi berzikir".. Lebih kurang gitulah bunyinya.. Bagi aku lawak la.. Bagi orang lain aku tak tahu.. Lagi satu faktor, sebab aku dah masuk alam pekerjaan.. So hubungan antara guru-guru sangat rapat kat sekolah tu.. Cuma, studentnya je yang nampak lagi "matured" dari aku.. Sebab saiz badan aku kecik..


Al-kisahnya, lepas habis kursus BtN tu, aku tak ada lah touching and feeling sangat.. Nak sedih ke, apa ke.. Teringat kenangan bersama (kata kawan aku).. Memang masa tu aku busy sangat nak uruskan pasal persediaan duit.. Sampai ada msg yang aku tak ter"layan". Maklumlah, aku nak tinggalkan Malaysia.. Masa untuk kawan-kawan memang xde langsung.. Fokus pada family je.. Kalau ada yang aku layan pun, pada mereka yang menanti jawapan dari aku tentang lamaran mereka..


Opss!!! Ini bab Khirman Naim.. Aku pun tak sure nama sebenarnya apa.. Tapi itulah nama dia.. First msg dia.. "Assalamualaikum, boleh x saya jadi ke-6..". Aku ingatkan apa benda la yang ke enam tu.. Rupanya kawan lelaki aku yang ke enam.. First msg dia, aku pun pening.. Msg pendek-pendek, tak de titik, tak de noktah..


Hurm... Ingatkan setakat itu je lah.. Kami ditakdirkan menuntut di Universiti yang sama.. Nak kata makin rapat tu , tak de lah.. Tapi bila hitung-hitung balik.. Dia memang suka buat aku terasa dengan sikap dia.. Memang aku ni jenis mudah terasa.. Orang tak cakap apa-apa pun, tapi aku rasa aku dah buat salah sampai orang tu boleh layan aku lebih kurang je..


Ingat lagi, masa ada program untuk pelajar Tahun Satu.. Aku lapar sangat sebab rumah aku tak masak masa hari Jumaat tu.. Sampai menggigil, gastrik tu menyerang.. Aku dah rasa nak nangis masa tu.. Tak tahu siapa yang nak turun beli makanan.. Aku try hantar msg kat dia and mintak tolong dia belikan aku something a.k.a makanan.. Aku cuba nasib je masa tu.. Dalam hati aku masa tu dah pasrah kalau dia nak ignore aku punya msg.. Alhamdulillah, dia belikan aku makanan.. Nasi sekali dengan kurma.. Masa makan kurma, aku rasa sebak sangat.. Aku pun tak sangka dia akan belikan aku nasi.. Sebab aku cuma mintak apa-apa je makanan yang murah.. Roti ke, apa ke.. Sebab aku tak nak syawarma coz mahal..


But, now... Aku pun tak tahu kenapa dia sekejap okey, sekejap macam jauhkan diri dari aku.. Kalau ikutkan sikap aku sebenarnya, aku paling menyampah orang call aku and tanya pasal benda-benda yang tak penting.. Tapi bila dia call, aku jawab jugak call dia sebab nak jaga hati dia.. Aku ni jenis tak suka bercakap telefon dengan lelaki.. Tapi dengan dia, aku layan "baik" je..  Tapi itulah, perlu ke aku jadi diri aku yang sebenarnya dan bersikap sedemikian terhadap kawan sebaik dia?


Aku tahu, di pengakhirannya.. Hubungan persahabatan kami akan tinggal kenangan bila dia dah ada "princess" dalam taman hati dia.. Sekarang ni dah ada kot.. Cuma dia masih menanti jawapan agaknya.. Sebab tu time-time dia boring, dia "baik" dengan aku...





Aku tak suka dia membebel kat aku.. Suka sangat tanya aku, dah beli hiram ke belum..
Takkan aku nak jawab kat dia.. "aku takde duit nak beli hiram, *lol* "  MySpace.
Aku pun tak tahu lelaki sebenarnya macam mana..
Terkadang aku terfikir jugak, kenapa dia tak belikan je dulu hiram tu untuk aku.. lalalaa... MySpace.
Senang cerita kan? Tak perlu dia nak sakitkan hati aku dengan bubbling dia tu....MySpace....




mood : demam
jom tidur....
MySpace





No comments: