Saturday 10 October 2009

:: Memperbaiki Kelemahan Diri.. ::



Langkah memperbaiki kelemahan diri berdiri di atas 4 rukun..

Pertama :  Kita digalakkan mendengar pandangan musuh kita kerana tentang kita kerana lumrahnya apa yang mereka katakan itu adalah benar-benar kelemahan kita. Musuh berperanan mencari kelemahan kita. Jadi kita hendaklah memperbaiki kelemahan-kelemahan itu. Bersabarlah terhadap mereka dan hadapilah dengan hikmah...


Kedua : Kita menjalin hubungan dengan guru-guru yang mempunyai kemampuan sebagai murabbi, mu'allim, mu'addib yang dapat membimbing kita mendekatkan diri kepada Allah dengan ilmu dan hujjah yang sahih,bukannya guru-guru ahli bid'ah yang mengada-adakan dalam urusan agama tanpa dalil yang benar.


Ketiga : Mencari ar-Rafaqatus Salihun,teman-teman yang soleh yang sentiasa menegurnya dengan kasih dan hikmah agar dia memperbaiki kekurangannya. Imam Nawawi meletakkan satu bab yang khas dalam Riyadhussalihin, kepentingan berziarah ke tempat-tempat salihin.


Keempat : Hendaklah bergaul dengan orang kebanyakan. Seperti ahli masjid,surau dan usrah-usrah menyebabkan dirinya mengetahui apa yang diingini manusia dan yang tak disenanginya.. 


(dipetik : Tazkiyyatun Nufus oleh Syeikh Sa'eid Hawwa)