Thursday 15 October 2009

:: Kecantikan Lelaki ::



1) lelaki yang mampu mengalirkan air mata

2) lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) lelaki yang memberi madu setelah menerima racun yang berbisa

4) lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun menghadapi konflik yang tidak berkesudahan

5) lelaki yang baik sangka dan sentiasa memikir untuk kebaikan diri dan orang di sekelilingnya

6) lelaki yang tidak pernah putus asa. Jauh sekali mengeluh dan merungut Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.



Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad dan ia adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Ramai yang mengaku ingin mengikut sunnah Nabi bila menyentuh bab poligami. Menyalah guna agama untuk poligami. Sudahlah diri sendiri tak terdidik, inikan pula mahu tambah isteri? Jikalau benar ingin mencontohi sunnah Nabi, sebatikan akhlak baginda terlebih dahulu dalam diri.


Jika hati sudah terlintas dan nekad untuk berkahwin lain, pelbagai alasan yang diberikan. Memang macam-macam termasuklah merayu kepada isteri agar membantunya melepaskan diri daripada melakukan zina. Dan isteri akur kerana tidak sanggup suaminya berbuat zina walaupun dia enggan bermadu. Nyata si suami meletakkan agama sebagai alasan untuknya berkahwin lagi.


Jika diteliti daripada kisah Rasulullah s.a.w, perkahwinannya dengan Khadijah selama lebih 25 tahun tanpa ada wanita lain sepanjang hayat Khadijah. Apabila puteri-puteri Baginda berkahwin kecuali Fatimah dan Khadijah wafat, barulah baginda mencari penganti, iaitu janda bernama Saudah binti Zam'ah dan tiga isteri yang lain iaitu Ummu Salamah, Zainab binti Khuzaimah dan Maimunah al-Hilaliyah.


Kesemua mereka adalah balu kepada sahabat Nabi yang mati syahid ketika perang Badar, sudah berusia dan miskin. Nabi berkahwin dengan mereka semata-mata untuk menolong. Tapi berapa ramai lelaki kini yang sanggup berkahwin dengan wanita tua, miskin dan tidak menarik lagi..?