Saturday 21 July 2012

:: Realiti Tak Seindah Mimpi ::


Bismillah..

Agak lama x mengepost kat blog ni.. Hehe.. Time sedih jer, main conteng-centeng kat sini.. Sebab blog ni lebih privacy compared dgn blog lagi 1..

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari.. Ku fikir hujan akan berpanjangan, rupanya pelangi muncul lagi..

Aku cuba untuk buka pintu hatiku untuk belajar menerima.. Cuma banyak impian yang aku harapkan tak mungkin jadi kenyataan.. Ku inginkan maharku adalah bacaan al-Quran 30Juzuk.. Mungkin aku tidak layak untuk menerima mahar yang seindah itu.. Sedih :(

Andaikata aku tegar dan bersabar dgn apa yg ada sekarang ni, boleh jadi bakal imamku adalah seorang "hafiz" 30Juzuk.. Banyak kemanisan yang akan diperolehi andai ku cuba memintal tali "angan-angan" indah.. Tapi aku x punya benang untuk memintal tali tu agar menjadi lebih kukuh.. Biarkan ia jadi kenangan..

Sedih.. Sebab dah kenal siapa dia, sikap dia, baik dan buruk dia.. Tapi macam manalah aku boleh tak sedar yang dia cuba sembunyikan dari pengetahuan bonda dia sejauh mana keseriusan hubungan kami..

Betul kata Along, aku memang x pernah belajar dari kesilapan.. Terlalu memberi peluang, barangkali.. Sehingga diperlakukan sesuka hati. :)

Aku sepatutnya marah, sebab aku seolah diperbodohkan.. Aku sepatutnya benci, sebab aku telah dipermainkan.. Entah ke mana hilang rasa itu.. (kosong,. "bawa" daku ya Tuhan..)

Dan dalam masa yang sama hadir seseorang.. "Assalamualaikum, boleh berkenalan.. Maaf, saya x pernah berkenalan dengan perempuan sebelum ni.. Dan saya berniat nak jadikan ukhtie, isteri.."

"Bodoh...". Entah kenapa jemari aku tegar menaip perkataan itu yang bakal melukakan hati dia.. Dan persoalan dari dia yang membuatkan aku tersedar dari mimpi ngeri yang sedang aku alami, "Saya cuma luahkan hasrat saya.. Saya tak pernah kenal perempuan sebelum ni.. Saya beranikan diri selepas tengok gambar awak.. Kenapa awak layan saya macam ni? Tulisan boleh didelete.. Tapi hati yang terluka susah nak diubati.."

♥ Tapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.. ♥ (Surah al-Baqarah :216)

No comments: