Saturday, 28 July 2012

:: Will You Be My Husband...? ::


I browsed and I found this :

To be a good muslim wife you should;

1) Be his friend
2) Show him respect
3) Fulfill his physical needs
4) Make him feel desired
5) Make him feel appreciated
6) Create variety

By becoming a friend first and foremost you must LISTEN! Ok I repeat LISTEN..!!! Normally women they wanted to be heard. So do men, I always have a thought than men dont talk but listen, but am so wrong. They also wanted to be heard. And women, please remember this! =)

By showing him some respect I can say that is the most important thing that every wife should do. Always speak in a polite tone. Remember he is ur husband, and, syurga isteri di bawah tapak kaki suami. =)

From all above I can conclude that the most significant aspect that the author pointed out is that wife should listen more. I know it is very difficult to make because we talk most of the time? Right? but the fact is we have to listen more than do the talking. The least we can do inorder to own the husband's hear. So sisters, lend ur ears to ur husband. =)

Wednesday, 25 July 2012

:: Ya Allah.., Pilihkan Untukku.. ::



Bilamana kita istikharah, kita minta petunjuk dariNya. Tak semestinya selepas istikharah, "jawapannya" terhasil mengikut gerak hati kita atau mimpi, bahawa si fulanah bin fulan adalah pilihan yang terbaik untuk kita. Boleh jadi, suatu saat orang tersebut tidak mampu untuk menunggu "keputusan" dari kita atau tidak yakin bahawa jodoh dia ada bersam kita, menurut saya itu juga "jawapan" bagi istikharah..

Teruskan berdoa,,.. Mengapa begitu cepat berserah..?

Saturday, 21 July 2012

:: Realiti Tak Seindah Mimpi ::


Bismillah..

Agak lama x mengepost kat blog ni.. Hehe.. Time sedih jer, main conteng-centeng kat sini.. Sebab blog ni lebih privacy compared dgn blog lagi 1..

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari.. Ku fikir hujan akan berpanjangan, rupanya pelangi muncul lagi..

Aku cuba untuk buka pintu hatiku untuk belajar menerima.. Cuma banyak impian yang aku harapkan tak mungkin jadi kenyataan.. Ku inginkan maharku adalah bacaan al-Quran 30Juzuk.. Mungkin aku tidak layak untuk menerima mahar yang seindah itu.. Sedih :(

Andaikata aku tegar dan bersabar dgn apa yg ada sekarang ni, boleh jadi bakal imamku adalah seorang "hafiz" 30Juzuk.. Banyak kemanisan yang akan diperolehi andai ku cuba memintal tali "angan-angan" indah.. Tapi aku x punya benang untuk memintal tali tu agar menjadi lebih kukuh.. Biarkan ia jadi kenangan..

Sedih.. Sebab dah kenal siapa dia, sikap dia, baik dan buruk dia.. Tapi macam manalah aku boleh tak sedar yang dia cuba sembunyikan dari pengetahuan bonda dia sejauh mana keseriusan hubungan kami..

Betul kata Along, aku memang x pernah belajar dari kesilapan.. Terlalu memberi peluang, barangkali.. Sehingga diperlakukan sesuka hati. :)

Aku sepatutnya marah, sebab aku seolah diperbodohkan.. Aku sepatutnya benci, sebab aku telah dipermainkan.. Entah ke mana hilang rasa itu.. (kosong,. "bawa" daku ya Tuhan..)

Dan dalam masa yang sama hadir seseorang.. "Assalamualaikum, boleh berkenalan.. Maaf, saya x pernah berkenalan dengan perempuan sebelum ni.. Dan saya berniat nak jadikan ukhtie, isteri.."

"Bodoh...". Entah kenapa jemari aku tegar menaip perkataan itu yang bakal melukakan hati dia.. Dan persoalan dari dia yang membuatkan aku tersedar dari mimpi ngeri yang sedang aku alami, "Saya cuma luahkan hasrat saya.. Saya tak pernah kenal perempuan sebelum ni.. Saya beranikan diri selepas tengok gambar awak.. Kenapa awak layan saya macam ni? Tulisan boleh didelete.. Tapi hati yang terluka susah nak diubati.."

♥ Tapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.. ♥ (Surah al-Baqarah :216)

Saturday, 14 July 2012

:: Memories ::



happy..happy day....

sharing is caring... there's something strange about this quotes.. huhu..

deeply in my heart, i think i'm jealousy.. smile.. :')


orang kata cemburu tu tanda sayang.. ("membuatkan saya berfikir tentang pepatah ini..")


orang kata yang pertama takkan sama dengan yang kedua..
bila ada yang kedua, kita akan tetap compared ia dengan yang pertama.. even pun, yang pertama itu tinggalkan kesan mimpi ngeri dalam hidup kita.. kenangan tetap akan menjadi kenangan.. dari kenangan kita dapat belajar sesuatu yang berharga..


i'll learn something from the past, then i create a new life after my tear..
but it not easy to forget that memory.. "injury become scars that will always be seen"



saya sentiasa senyum bila saya menangis..
tapi saya sangat takut bila ada orang menangis kerana saya...
sebab saya x mampu nak bagi senyuman bila ada orang yang terluka kerana saya..


doa bertemu doa bersatu dalam sajadah Cinta...

♥ ya Allah, seandainya dia baik untuk agamaku, di sisinya bisa menambahkan keimananku terhadap kekuasanMu, kehadirannya mampu menyuburkan rasa cintaku padaMu, maka pertemukanlah kami di dalam naungan kasih-sayangMu..♥





Wednesday, 25 January 2012

:: *Bling*Bling*Bling* ::




Assalamualaikum...


Rasa dah lama tak *bling*bling* kat sini.. Selepas kena tegur.. Itu tak betul.. Ini tak boleh.. Kena macam tu.. Bukan macam ni sepatutnya.. Sharing is Caring.. hehe :-)


Nak jadi diri sendiri.. Ini adalah diri saya.. Saya memang macam ni.. But, thanks 'coz sudi menegur..


Sebelum ni blog ni "sepi" jer.. Lebih banyak taip entry about "my past".. Rank terbanyak kot masa tu kat akaun blog ni.. Macam pisang goreng..


Takde kekuatanlah lepas "frust".... Malas nak taip.. Yang banyak orang komen, itulah yang aku delete.. Termasuk dengan entry sekali, aku delete... Rasanya kalau tak silap aku, dulu blog ni nama "Diari Seorang Hamba".. Dah jadi cerita seorang hamba dunia.. bukannya hamba-Nya, sebab lebih banyak taip tentang kisah hidup yang entah apa-apa..


Orang pandang, orang menilai... Nak je tukar link blog ni.. Tapi takut lupa.. Jadi macam sebelum ni, sampai boleh buat "jam Berry".. Kena hack ke apa.. Langsung takleh bukak..


Miss that moment.. Rindu kekawan dQ.. thanks 'coz sudi bagi kenangan manis.. Walaupun pada mulanya agak pahit untuk aku jadi seorang aku.. Sampai aku teringin nak jadi macam Betty dalam citer "Ugly Betty".. Then, Sejak hari tu, aku tak pernah bukak spec dari menutupi mata aku..


Rindu zaman remaja... Penuh kekeliruan.. Paling nak muntah bila ada orang perempuan minat gila² kat kita.. Haha... alhamduliLLah, Allah selamatkan aku dari fitnah-fitnah akhir zaman ni..


Sunyi Sepi hidup aku sebelum ni.. Rindu saat tu.. Sekarang ni aku happy sangat, Allah hadirkan Khirman Naim dalam hidup aku.. Tapi.. "betul ke aku ni..?".. "boleh ke bertahan lama..?".. Sebab dah selalu sangat kecewa after aku dah trust and sayang someone sangat², aku jadi tak yakin.. Sometimes, aku tak boleh nak tipu perasaan aku.. Tersasul menterjemahkan perasaan aku.. Ikhlas...


But... Aku yang paling aku risau sekarang nih.. Impian aku menggapai Cinta Ilahi.. Layak ke aku nak bercakap soal Cinta Pemilik Cinta ni..?


Aku nampak keburukannya sekarang ni.. Tak sampai sebulan, macam-macam dah berlaku.. Aku bukan taknak salahkan diri aku sebab berlaku "benda" macam ni, even aku tahu aku memang salah.. Tak patutlah buat macam tu. Tak boleh buat macam ni.. Sebab aku tahu "benda" ni memang salah.. Mean that, menyalahi prinsip aku sendiri.. Tapi aku tahu, if aku salahkan diri aku sendiri dengan apa yang berlaku sekarang ni, aku akan jadi negative kat diri aku sendiri.. Sampai kekawan dan mereka mintak pendapat pun, aku terus jadi diam.. Bukan malas nak jawab.. Sebab aku taknak, aku nasihat kat orang benda yang aku tak buat..


Aku nak yang halal je.. Boleh ke? Aku takde kekuatan ni.. Takde kekuatan nak jadi "baik".. Allah uji aku dengan "perasaan" macam ni kat "ardul kinanah" yang penuh barakah ni.. Sedihnya... :'(


Aku tahu.. Dia tahu.. Jangan terlalu ikutkan perasaan.. But, sometimes "rasa" tu aku tak berdaya nak lawan sendiri.. Dia pun tak kata apa²..  Senyap je.. Please... Tolong tegur saya bila saya salah..


Aku nak tinggalkan dia, sebab aku tahu Allah akan jaga dia untuk aku.. Yang aku harapkan.. biar rasa ini menjadi wasilah untuk menggapai Redha-Nya..


Sedih sebenarnya dengan apa yang dah jadi pada aku sekarang ni.. Sebab impian aku untuk menjadi "Srikandi Agama" buat si dia yang bergelar Suami..


Speechless....
*semuanya berlaku terlalu pantas.. perasaan ni.. macam mana aku boleh ter"jatuh hati" kat dia..


Aku harap dia faham.. Aku  tak nak, mengenalinya menjadi satu kesilapan dalam hidup aku.. Aku tak kuat sebenarnya.. Aku harap dia akan menegur bila aku salah.. Kerana asalku dari "tulang yang bengkok"..


Cinta tidak semestinya bersatu



Bismillahirahmanirahim
Dengan penuh rasa kehambaan, ku sebut nama Mu ya ALLAH
Engkaulah pemilik segala cinta
selama ini aku tidak pernah tahu bagaimana rasanya bercinta
namun ku berharap, bila cinta hadir menyapaku
aku tidak akan kehilangan Engkau Ya ALLAH

Ya ALLAH,
sesungguhnya aku sudah punya rasa untuk bercinta
izinkanku memiliki rasa ini
sehingga ia menjadi sungguh indah di dadaku
namun tidak ku igin sekali, rasa ini mengurangi rasa cintaku padaMU

ALLAH,
sesekali aku diburu ketakutan kerana aku tahu
hakikatnya aku pasti akan kehilangan rasa cinta ini
apabila sampai waktunya, cinta Mu yang menjemput ku
aku redha atas ketentuanMu

Aku belajar sesuatu...
sedalam mana pun mencintai
cinta tidak semestinya bersatu jika bukan atas restuMU
Dalamnya cinta Rasulullah SAW kepada Khadijah ...
penyatuannya hanya di syurga yang hakiki...
rindunya Aishah kepada Rasulullah SAW...
Aishah juga perlu menanti ....
sehingga bertahun tahun lamanya
kerana cinta tidak semestinya bersatu

Adanya cinta bermakna perlunya pengorbanan
apatahlagi Engkau telah memilihku
menjadi jundiyatullah di jalan MU

Jundiyatullah juga seorang manusia biasa
pasti punya rasa ingin menyintai
namun aku sedar betapa perlunya cinta itu menjadi cinta yang luar biasa
Lalu ya Tuhanku,
aku tertanya, bagaimanakah cinta yang luar biasa itu?

Tika meniti hari hari yang indah bersama cinta
ALLAH menjentik hatiku dengan memberi jawapanNYA
cinta itu tidak semestinya bersatu

ya ALLAH, aku menidakkan dan aku kehairanan
bukankah cinta itu fitrah dariMU?
Mengapakah cinta itu tidak semestinya bersatu?

Sejauh mana pun perjalanan hidup kita,
akan satu ketikanya kita pasti dijemput pulang
menemui cinta ALLAH
maka ketika itu, cinta yang rapuh pasti akan mudah goyah
kecuali cinta luar biasa yang terbina
atas restu ALLAH

Cinta tidak semestinya bersatu..
pada satu saat, terasa begitu dekat bersamanya
dan pada saat yang lain, ALLAH berkuasa untuk melahirkan rasa kejauhan
pada satu saat, punya waktu untuk merindui
dan pada saat yang lain, ALLAH membolakkan hati untuk melupakannya



Ya ALLAH,
Engkau berikan aku cinta
ku kembalikan CINTA itu dalam jagaanMU
kerana aku manusia biasa
aku tidak mahu CINTA itu lemah hanya keranaku
aku yakin ya ALLAH, ENGKAULAH sumber kekuatan CINTAku

waktu yang sedikit bukan bermakna tiada CINTA
kurangnya perhatian bukan bermakna tiada CINTA
diam itu bukan bermakna tiada CINTA
kelukaan hati bukan bermakna tiada CINTA

kerna

Cinta tidak semestinya bersatu............
hanya dengan restu ALLAH
penyatuan cinta hakiki, hanya di syurgaMU

Thursday, 12 January 2012

:: Yes, Smile..!!! ::




yes, smile.. so happiness can come,
yes, smile.. so the love can come into my embrace,
even all the dreams like the stars in the sky.


yes, get up.. don't collapse,
yes, get up.. even if it's one step per day,
even if it's a slow walk it's okay.


when tears form in my eyes,
when tears flow from my cheeks,
cry out loudly, the sadness will be shocked and run away.


when my heart is crumbling,
when my heart is in so much pain,
laugh loudly so hope can find me.


now it's ok, I can laugh.
now it's okay now that i'm with you.
because when i'm tired, i can rest.
even if it's a bit high i can climb over it.
even if my road is blocked, i can go around it.
never stop in that one place.


spread out your arms widely,
i may fall down but thats not failure,
just brush it off lightly, i'm not crying,
because i can just get up and run again.


sometimes i can smile for love,
sometimes i can cry for love,
because everything will make me stonger,


sometimes i risk it all for love,
sometimes i regret because of love,
but it's okay, i will dream again today,
and set out to the road...



Saturday, 24 December 2011

:: It's Okey.. Just Smile.. ::




i'll never stop thinking of you, how can i forget all that, when you're the one who make me smile...



Hello Kitty Icon

you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be apart of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've cause you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i mean to do

MySpace     Bear Icons     Bear Emoticon Set     Bear Emoticon Set      MSN Bear Emoticon Set    



Wednesday, 14 December 2011

:: Masa Lapang Sebelum Sempit ::



Dengan Nama Allah..


Janganlah memberatkan dirimu dan bersedih kerana mengenangkan apa yang akan mendatang hari esok, kerana kemungkinan esok itu tiada bagimu, tatkala itu rugilah akibat terhalangnya kegembiraan & keceriaan untuk hari ini..


“Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran, Ayat 139)




‎1. Silence is the best reply to a fool.


2. Humility is the outcome of Knowledge.


3. Forgiveness is the crown of greatness.


4. To assist the wrong is to oppress the right.


5. Friendship is impossible with a liar.


6. Enmity is the occupation of fools.


7. Pride blocks progress and damages greatness.


8. Boasting small issues from small minds.


9. None is more respected than a pious man.


10.Your tongue will speak out what it is accustomed to.


11.Ones behavior is the index to ones mind.


*productive muslim



Monday, 12 December 2011

:: Tumpah Jua Air Mataku.. ::



Dengan Nama Allah...


Sakit itu anugerah, Sihat itu anugerah, Pedih itu anugerah, Cekal itu anugerah, Kecewa itu anugerah, Gembira itu anugerah, Sedih itu anugerah... Lantaran kerana itu hidup ini menjadi indah dengan hadirnya ujian dariNya..


Alhamdulillah, dapat result exam b.A tadi, rasa syukur mengusik tangkai hati.. Syukur padaMu ya Robb!!! Balik dari jami'ah jalan kaki tadi, seribu satu macam rasa menguasai diri.. alone, sunyi, sepi... Macam-macam perkara yang menyinggah di ruang fikiran... Nikmat Allah yang tidak terhingga selama ini...


assalamualaikum...

...life is always like this..sometimes, life can be very cruel..but you must go on..life must go on...

what was happened..just let it be..but from the writing, mende same pernah jadi dulu..and 1 thing that i can say is..u didn't learn..u didn't learn from the past..if same thing was happened before, why u can't figure it out from the earlier.. do something which can prevent from the same thing happen...
('ur along)